Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy melahirkan kebimbangannya berhubung tindakan kejam yang mungkin diambil seterunya Rusia menjelang Hari Kemerdekaan Ukraine 24 Ogos ini.
Menerusi satu rakaman video, beliau menggesa rakyat negara itu untuk bertahan berdepan apa juga kemungkinan tekanan terbaharu yang akan dilakukan keimpinan Vladimir Putin nanti.